Welcome, visitor! [ Register | Login

RM 200.00

Al-Khair Melaka Homestay

  • Jalan: 17 Jalan MP2 Taman Melaka Perdana
  • Bandar: Ayer Keroh
  • Negeri: Melaka
  • Negara: Malaysia
  • Poskod: 75450
  • Listed: February 14, 2017 1:03 PM
  • Expires: 365683 days, 22 hours
Al-Khair Melaka Homestay
Al-Khair Melaka HomestayAl-Khair Melaka HomestayAl-Khair Melaka HomestayAl-Khair Melaka HomestayAl-Khair Melaka Homestay

Description

Al-Khair Melaka Homestay menyediakan perkhidmatan penginapan yang bersih dan selesa kepada tetamu dan pengunjung Muslim sahaja.

Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang selesa, ruang keluarga, dapur kering dan basah, 4 bilik tidur (3 bilik berhawa dingin & 1 bilik kipas siling), 3 bilik air, bilik laundri, tempat letak kereta berjubin & berbumbung untuk 2 buah kereta / MPV serta kawasan hijau yang sesuai untuk aktiviti BBQ di belakang rumah.

Terletak di Taman Melaka Perdana i.e. lokasi yang strategik, hanya 5 hingga 10 minit memandu dari Tol Ayer Keroh dan berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan, pusat perniagaan, pejabat-pejabat kerajaan dan institusi pengajian tinggi di sekitar Melaka. Sesuai untuk penginapan seisi keluarga bagi tujuan percutian, melancong, konvokesyen, rombongan perkahwinan, kejohanan sukan dan sebagainya.

Kemudahan:
– Ruang parkir berbumbung & berjubin untuk 2 unit kereta
– Ruang tamu dengan set sofa, meja kopi, permaidani, kipas siling, LED TV 41” & Astro Beyond
– Ruang makan dengan meja makan marble 6 kerusi, kipas siling & sofa L
– Dapur dengan kitchen hood & hob, thermopot, peti ais 1 pintu, periuk nasi elektrik, set makan & peralatan memasak
– Bilik tidur 1/utama: 1 katil queen, aircond 1.0HP, kipas siling, almari baju 8’x8’, almari solek & rak penyidai.
– Bilik tidur 2: 1 katil queen, 1 katil single, kipas siling, air-cond 1.0 HP, almari baju & rak penyidai
– Bilik tidur 3: 3 katil single, kipas siling, aircond 1.0HP, almari baju & rak penyidai
– Bilik tidur 4: 1 katil queen, kipas siling, almari baju & rak penyidai
– Bilik laundry dengan mesin basuh 10 kg
– Ruang keluarga dengan meja gosok, sterika & kipas siling
– 3 bilik air (2 bilik air tingkat atas lengkap dengan pump water heater)
– BBQ set (arang & jaring tidak disediakan)
– TMNet Streamyx
– Bekalan air bertapis
– Tuala, selimut dan sejadah disediakan di setiap bilik

Kadar harga:
Cuti sekolah/cuti umum/hujung minggu:
RM250 2H1M, RM450 3H2M, RM700 4H3M, RM950 5H4M

Hari biasa/bukan cuti:
RM200 2H1M, RM400 3H2M, RM600 4H3M, RM800 5H4M

Self Check-In: 2.30pm
Self Check-Out: 12.00pm

No Tags

236 total views, 4 today

  

Listing ID: 686578c57ae66144

Report problem

Processing your request, Please wait....